top of page
Writer's picturePaklong RS

China : Li Nian S1 di pasaran pada musim bunga 2011

Updated: Jun 18, 2020

Li Nian S1 aka Everus Concepts



Terkini dari Guangqi Honda syarikat usahasama China milik Honda dan Guangzhou Automobile Group melalui jenamanya Li Nian mempertaruhkan model terbaru empat pintu yang diberi nama Li Nian S1. Didapati rupa dan ketrampilannya S1 tidak seindah Everus Concept yang dipaparkan di China International Automobile Exhibition 2010 yang lalu. Sememangnya ianya adalah generasi terdahulu Honda City (Fit / Jazz Sedan) pasaran 2008.

Menurut Honda, S1 disasarkan pada generasi muda China yang memiliki reka bentuk yang berkuasa, bertenaga dan cemerlang”.

Li Nian S1 boleh didapati di pasaran pada musim bunga 2011 melalui pusat jualan Guangqi Honda sedia ada, dengan pilihan enjin termasuk 1.3 liter dan 1.5 liter.

Menunjukkan China sangat meminati membangunkan kereta-kereta baru untuk disasarkan pada pengguna-pengguna yang peka yang mana Nissan juga terbabit menggunakan model “Sunny” 2011 sebagai taruhan di China iaitu Versa Sedan. Begitu juga di Malaysia, beberapa syarikat automotif di negara ini berkerjasama dengan pengeluar kereta dari luar negara sepertimana Proton terkini mengambil model Lancer dari Mitsubishi sebagai kereta baru nasional Malaysia iaitu Inspira.


0 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page