top of page
Writer's picturePaklong RS

Top 5 Motosikal yang didatangkan dengan ABS di pasaran Malaysia di bawah harga RM15,000.

Updated: Jun 19, 2020

Sebelum admin keluarkan senarai Top 5 motosikal tersebut apa kata kita petik serba sedikit

penerangan dari laman sesawang pandulaju mengenai kepentingan brek ABS ini.


Pentingkah ciri ABS pada motosikal?

Penjelasannya, ABS pada motosikal berfungsi menghalang roda daripada terkunci dan menggelincir ketika membrek mengejut dalam situasi kecemasan.

Ini secara tidak langsung membantu penunggang mengawal motosikal sepenuhnya dengan mengekalkan kestabilan ketika berlaku situasi yang memerlukan mereka berhenti secara tiba-tiba.


ABS akan mengatur tekanan brek, sekali gus memastikan tunggangan dan pengendalian motosikal kekal stabil dalam pelbagai kondisi jalan raya seperti ketika menempuh permukaan jalan berpasir atau lopak air yang menyebabkan tayar kurang mencengkam jalan.

Kajian terbaharu mendapati penunggang yang menggunakan motosikal dengan ABS dapat mengurangkan kecederaan hingga 39 peratus dan situasi bahaya perlanggaran berbanding motosikal jenis sama tanpa ABS.


Itu dia serba sedikit penerangan dan kepentingan brek ABS ini, bagi admin lebih elok diadakan pada semua model motosikal, bukan apa mungkin boleh elak tragedi dagu terkoyak. Ok jom, kita semak senarai top 5 dari ridinstylin kali ini.


#5 BENELLI LEONCINO 250 ABS

Admin perkenalkan Benelli Leoncino ABS sebagai senarai paling bawah dari senarai top 5, ianya diperkenalkan pada suku ke 4 tahun 2019 yang lalu. Berpenampilan agak retro scrambler sudah pasti memikat hati peminat scrambler tempatan untuk memilikinya lebih-lebih lagi sesaran enjin suku liter ini masih dikategorikan mesra cukai jalan dan tidak perlu lesen penuh B untuk menunggang si singa cilik ini. Info yang diperolehi dari laman sesawang bikesrepublic enjinnya berkapasiti 249cc, liquid-cooled, empat lejang, DOHC, empat injap dalam sebuah injin bersilinder tunggal ini berkemampuan menjana kuasa kuda sebanyak 25hp pada 9000 rpm dan tork 21 Nm pada 7500 rpm. Manakala ciri brek keselamatan ABS didatangkan dengan 280mm cakera diameter berserta kaliper hidraulik empat omboh di bahagian hadapan manakala cakera berdiameter 240mm dengan kaliper omboh tunggal di bahagian belakang. Harga yang disebut-sebut bagi unit ABS ini adalah RM14,688. Sangatlah berbaloi disambar abang scrambler ni.


#4 MODENAS RS200 ABS


Genap 3 tahun syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama

MODENAS memperkenalkan Modenas Pulsar RS200 yang asalnya motosikal dari jenama Bajaj.

Ketika diperkenalkan harga sekitar pada masa itu dalam lingkungan RM13,000 tapi kini di tahun 2020 jika disemak pada laman sesawang mudah.my sudah boleh didapati pada harga RM10,450 sahaja. Sangat berbaloi untuk dimiliki motosikal sekacak ini yang hadir dengan fairing lengkap

dengan enjin silinder tunggal empat lejang, SOHC empat injap, liquid cooled dengan tiga palam pencucuh serta bercirikan sistem brek keselamatan ABS single channel 300mm diameter cakera dihadapan. S


#3 MODENAS NS200 ABS


Manakala Modenas Pulsar NS200 ABS 2020 terbaru ini baru hadir di pasaran Malaysia. Setelah tiga tahun berjaya terjual di negara ini, kini versi kali ini telah dipertingkatkan dengan ciri keselamatan yang lebih baik dengan penambahan Anti-Lock Braking System (ABS) di bahagian hadapan berdiameter cakera dengan sistem hidraulik 300mm. Manakala harganya lebih rendah dari saudara kandungnya si RS200 yang bernadi enjin yang sama iaitu hanya RM9780 OTR. #2 SYM VF3i 185 Limited Edition


Suka atau tidak inilah model kapcai yang sedang disebut-sebut oleh para peminat kapcai tanah air. Suku pertama tahun 2020, pengedar motosikal MForce Bike Holdings telah memperkenalkan edisi terhad kapcai VF3i 185 mereka iaitu SYM VF3i 185 LE yang berharga RM9,338. Paling menarik edisi terhad ini dilengkapi sistem brek ABS yang pasti menjadi tambah nilai kepada model kapcai dari jenama SYM ini. Mesti agak panas jenama Y & H yang bersesaran enjin 150cc ketika ini kerana jenama lebih mampu milik ini datang dengan sesaran enjin 185cc yang lebih tinggi, lebih kuasa kuda sebanyak 19.7hp dan yang penting ciri keselamatan brek ABS bagi edisi terhad kali ini dengan cakera diameter 230mm pada bahagian hadapan dan 200mm pada bahgian belakang. Sudah terang lagi bersuluh, tunggu apa lagi abang dan kakak semua. Sambarlah segera sebelum ianya habis kerana hanya 5,000 unit sahaja model edisi khas ini dikeluarkan.


#1 SYM JET 14 200




Maka ini list top #1 admin, mengikut sumber berita dari laman sesawang pandulaju, SYM Jet 14 200 dihadirkan dengan transmisi CVT dan berenjin 4-lejang bersilinder tunggal bersesaran 168.9cc dengan sistem penyejukan udara berkuasa menjana kuasa kuda sebanyak 11.8hp pada 8000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000rpm serta mematuhi piawaian Euro4. Difahamkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) skuter ini dihadirkan bersama brek cakera 260mm (depan) dan 220mm (belakang). Harga yang ditawarkan untuk skuter ini adalah RM7,888 OTR, maka dengan ini skuter ini adalah antara yang paling murah di pasaran negara yang lengkap dengan sistem ABS. Berbaloi-baloi.


Nak tanya, mana jenama H & Y dalam senarai ni. Pelik ke? Tak pelik pon kerana ini senarai bagi harga motosikal RM15,000 ke bawah.



3,626 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page