IDEA: MALAYSIAN INVENTORS’ CHALLENGE
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), SIRIM Berhad dan PROTON bekerjasama mengadakan program realiti TV IDEA: MALAYSIAN INVENTORS’ CHALLENGE bagi mencari inovasi terbaik dari peringkat akar umbi di kalangan rakyat Malaysia.
SIRIM, sebuah organisasi pembangunan penyelidikan dan teknologi utama di negara ini adalah penganjur pertandingan cabaran inovasi untuk program realiti TV berkenaan manakala syarikat pengeluar kenderaan nasional PROTON, bertindak sebagai panaja utama bagi program anjuran MOSTI ini.
Program ini akan disiarkan di TV3 bermula 25 September 2010. Program selama 30 minit ini akan disiarkan dalam 10 episod setiap Sabtu, pukul 7 malam. Ia dihoskan secara bersama oleh Daphne Iking dan Angkasawan Negara Mejar Dr. Faiz Khaleed. Sesi saringan bagi memilih 24 penyertaan ke program realiti TV ini akan dimulakan pada 25 September depan di Hotel MS Garden, Kuantan diikuti pada 2 Oktober di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, 9 Oktober di SIRIM, Shah Alam dan 16 Oktober di Kuching. Penyertaan yang terpilih akan melalui sesi konsultasi di lokasi yang sama sehari selepas sesi saringan. Seterusnya, kesemua 24 peserta (individu atau berkumpulan) akan dikumpulkan di Shah Alam dan perlu mengikuti sesi inkubator selama sehari bertujuan melengkapkan lagi hasil rekaan mereka untuk hari pertandingan yang berlangsung pada 28 Oktober 2010 di SIRIM, Shah Alam. Empat perserta akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir pada 30 Oktober 2010. Sebelum itu, keempat-empat penyertaan pertandingan akhir ini akan melalui satu lagi sesi inkubator bersama penasihat profesional yang akan memberi tips-tips untuk menambahbaik hasil ciptaan mereka sebelum diadili oleh barisan panel hakim. Program realiti TV IDEA: MALAYSIA INVENTORS’ CHALLENGE terbuka kepada semua pencipta rakyat Malaysia (yang bukan profesional) tanpa mengambil kira faktor usia. Mereka hanya perlu membawa model atau prototaip yang berfungsi hasil inovasi atau rekaan sendiri ke mana-mana sesi saringan, ataupun mendaftar terlebih dahulu di laman web www.1idea.com.my Program Realiti TV ini turut menerima sokongan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang akan menyumbangkan kepakaran profesional dari segi kreativiti dan produktiviti bagi sesi penghakiman dan khidmat nasihat kepada peserta. more info, please visit http://www.1idea.com.my
Comentários